Sabtu, 04 Januari 2014

Pacaran Islam

~PACARAN ISLAMI~

 

    Apa itu?? mari baca cerita ini..Semoga faham dengan kisah ini..Kisahnya mengenai 3 orang, Rahman, Raudah, dan Muhammad. Rahman dan Raudah sama-sama belajar di sebuah sekolah. Beberapa lama kemudian, Rahman jatuh cinta pada kecantikan Raudah. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Perhk!! Cantik banget jika diceritakan. Tetapi, Rahman coba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Raudah sebab nanti takut kena tangkap dengan Guru pencegah maksiat sekolah.
         beberapa tahun berlalu...
    Akhirnya, apabila Rahman sudah naik kelas, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Raudah tergoda pada rayuannya. Walau bagaimanapun, mereka ini sadar bahwa mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya berpacaran. Jadi mereka bersepakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam pacaran.

~PACARAN ISLAMI~


    Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tidak main ke tempat gelap. Bukan itu sahaja, Raudah harus memakai jilbab lebar. Rahman pula pakai songkok dan baju muslim. Lepas itu mereka keluar bukan membuang waktu, keluar dari rumah bawa Al-Quran. Berhenti di warung makan, Tadarrus lagi.
apabila jalan, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila pulang rumah, telepon pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islami punya pacaran tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Rahman ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Rahman dan Raudah sedang bertadarrus di HFC.
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka karena tidak ada tempat duduk. Apabila duduk, Muhammad bertanya,
"Apakah kamu menikah?".
"tidak.", jawab Raudah.
"Jadi, kenapa anda duduk bersama-sama dengan wanita yang bukan mukhrimnya", tanya Muhammad.
"Kami Pacaran, tapi secara islami" jawab Rahman.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawaban itu. Muhammad pun memulai ceritanya.
"Aku ini muallaf. Dulu aku kristian. Tinggal di Manado. Dulu, aku suka banget makan babi. Kalau sehari gak makan, pingsan aku. Pernah sekali orang tua aku terlupa beli babi.
Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku  tahu, dalam Islam tidak boleh makan babi. Aduh, sakit kepala aku. Bagaimana aku akan buat ni??? Seminggu aku masuk rumah sakit setelah masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi akumana ada. Jadi, waktu dalam rumah sakit tu aku fikir. Akhirnya, aku dapat satu jalan keluar.
Aku mau Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku gak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan ke telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah ke babi tu. Asal dia berak aku vacuum lansung. Beginilah kehidupan aku dan babii itu buat 2 tahun.

Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Liat-liat babi ni gak ada leher. Tapi, Aku tebas aja sebab dah 2 tahun gak makan babi ni. Lepas itu, aku pun masak lah babi tuh. Selagi  makan, liat seorang ustaz tengah jalan-jalan. Mukanya kaya lapar. Aku pun ajak dia makan. Ustaz!!! mari makan. Babi Islam nih.

Bila terdengar kisah itu, Rahman dan Raudah pun sadar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...yg HARAM tetap akan HARAM walau kita coba dengan berbagai cara sekalipun untuk mengHALALkannya..
Peringatan untuk diri saya sendiri terutamanya....wallahualam



Kamis, 21 November 2013

Kisah Salahuddin Al-Ayubbi

Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu
Dalam kesejukan malam itu..Aku mendengar..Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia. Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam..



Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan?

Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..

Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?

Hurm..

Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Tetapi ini kisah benar-benar berlaku..

Bila??

Suatu Masa Dulu…..

“”””Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”””

kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..

Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?

Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu di bawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..

Hebatnya Kau Salahuddin….

Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..

Penyabarnya kau Salahuddin..

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.

Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.

Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..

Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..

Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.

Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal
akibat dibunuh oleh tangan jahat. Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya
tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..

Asakan Tentera Islam teramat dahsyat. Memaksa tentera kristian menyerah kalah. Tiada lagi pertempuran berlaku. Ketua tentera kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis. “Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?” Kata Ketua Tentera Kristian.

Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.

” Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab Salahuddin Al-Ayubi.

Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi. Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..

Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan
Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..

Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.

Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan

27 Safar, 589H

Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin

Syeikh Abu Ja’afar , seorang yang wara’ telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.

Salahuddin Antara pengsan dan sedar.

Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan

“Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”
(Al-Hasyr: 22)

Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata

“Memang Benar”

Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.

Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:

“Sekarang aku datang semula ke sini.”

Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..

Tidak cukup dengan itu,

1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata

” Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!”

Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini.. Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam

Dalam tidak sedar,
aku rasa ada air mengalir dipipi..

Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?

Reflexi dan cermin-cerminkan diri..
mana tahap kita?

astaghfirullah..
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku…

Malam itu, aku terdengar bunyi bising motor berlumba..
aku menjenguk diluar jendela..
Anak-anak muda bertaruh nyawa untuk mendapatkan hadiah- seorang perempuan untuk ditiduri,..

Aku menggelengkan kepala…

mungkin ini generasi Salahuddin Al-Ayubi??
hurm..
generasi AL-AYYUBI dalam bayanganku~ 

Senin, 18 November 2013

Pemuda Harapan

Liric Pemuda harapan

Wahai pemuda harapan.takutkan dan cintakan Tuhan,
 Utamakanlah Akhirat majulah di Dunia,
Berilmu dan bersemangat,
Berbakti pada ibu dan bapa,
Hormati pemimpin dan orang tua, 
Harapan bangsa dan juga negara 2x.

 *Rajin bekerja tidak membuang masa,
Di waktu muda buatlah kerja yang berguna ,
Untuk kemajuan bangsa dan negara masa depan
Agama di junjung di bawa kemana mana dalam hidup,
Begitulah sepatutnya pemuda harapan ,
Di dalam sikap mereka ,

Mereka adalah aset bangsa dan agama masa depan,
Pemimpin pelapis bagi pemimpin bangsa yang sedia ada,
Agar di masa depan bangsa akan mempunyai 
pemimpin yang berkualiti2x

 Wahai pemuda harapan jauhilah gejala yang merosakkan masa depan mu, 
Diri rugi ibu bapa rugi bangsa dan negara rugi 
Masa muda hanya sekali.
Jangan siakan selepas itu kita akan tua dan akan mati 
Biarlah meninggalkan jasa kepada agama bangsa dan negara

Back to *

Kita harap orang" dewasa dan orang tua tunjukan jalan 
Agar  pemuda harapan ada contoh ada pedoman ada ikutan,
Orang dewasa dan juga orang tua secara langsung suri tauladan 
Supaya pemuda harapan masa depan benar" menjadi harapan"


 Yang mau lagu nya nih   

https://docs.google.com/file/d/0B6XPTAVTRPa_TWI5c3Z0RHRTcTg/edit

Sabtu, 16 November 2013

Peranan Sembahyang

album : Sembahyang Membina Peribadi Agung


penasyid : Mawaddah




Lima waktu sehari semalam
Tuhan disembah, dipuja, dipuji, dibesarkan dan munajat meminta
Agar hati yang lalai terbangun semula
Supaya rasa bertuhan dan rasa kehambaan akan terus hidup membara

Sembahyang lima waktu
Adalah rahmat Tuhan kepada hamba-Nya
Agar manusia tidak terus lalai
Dengan sembahyang sedar semula

Rasa Bertuhan dan rasa kehambaan
Itulah yang mengawal manusia
Daripada melakukan kejahatan dan kederhakaan
Dari berlalai-lalai dan membuat dosa dan durjana

Oleh itu hayatilah sembahyang, jangan sekadar sembahyang
Sembahyang sahaja tidak menghidupkan jiwa
Menghayati sembahyang menghidupkan jiwa yang buta
Inilah dia hikmahnya menghayati sembahyang

Kelalaian tidak sampai mematikan jiwa
Bila sembahyang didirikan ketika tiba masanya
Bersembahyang itu akan tertanam di dalam jiwa
Rohnya itulah yang akan dibawa kemana-mana